Thursday, October 1, 2009

anne-le

ape reaksi anda tentang kes pembunuhan kejam ini?
huh ak tidak punya sebarang idea.. sedangkan esei ini mahu dihantar pada petang ini....tapi aku hanya ada introduction saja..puas mencari di internet....walaupun aku punya isi namun aku sgt blur...mahu memulakan esei ini...annele dibunuh dngn sgt kejam apabila mayatnya dijumpai di dlm lab... dlm keadaan yang x dpt dikenali...bahkan dia akn melangsungkan perkahwinan seminggu lagi..ape reason pembunuh... jika ada reason sekali pun... fikirlah secara rasional...saya melebelkan suspek dlm kes ini ..GILAAA!!!!

Thursday, September 17, 2009

salam aidilfitri

di ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.. ampun maaf dipinta dari abah dan mak. kak in mintak ampun dan maaf atas segala kesilapan, halalkan makn dan minum kak in, maafkan kak in kalau terkasar bahasa, terdegil, maaf zahir batin. kepada sahabat2 ku di usm penang terutama kepada , wan fiza,atikah,zulaikah,farah,diyana,fuzah ampun maaf segala kesalahan sy jika ada terlebih dan terkurang kerana sy hanyalah insan biasa. kawan2 saya satu di school of art, maaf zahir batin, tak lupa kawan2 di dewan budaya usm, serta rentak madini. maaf zahir batin.. salam ramadhan..

Tuesday, September 15, 2009

emmm

hidup kembali serabut..
cuma mengharapkan ramadhan ini memberikan aku seribu ketenangan..
manusia semuanya berbeza... sudah cukup banyak dan jelas terpamer didepan mataku...
tapi.... hakikatnya tetap sama... manusia itu berbeza... ada yg terlalu bermegah2, ada pula yg mementingkan diri...xkurang juga yg keras kepala..maka katanya semua sahih belaka...ada pula yg suka membeli jiwa...ada yg selalu merndah diri...xkurang juga yg hidup dengan dunianya semata-mata... jadilah diri kita sendiri...kita harus terima kelemahan dan kekuatan diri kita.. kita semua x sama...tai ingatlah bahawa Allah menjadikan kita sebaik2 manusia.. setiap ciptaannya mepunyai makna...bkn dicipta tanpa tujuan...

Monday, September 14, 2009

my new artwork


tajuk: unknow
tahun:2009
media: cetak, etching teknik,plate
karya: noorazlin saidi(lynz87)



ermmmmmm

ermm.. semalam isnin aku dpt lg 3 drawing... A1 size...
ermmm..akn dihantar dlm 3 minggu lg...
td?... buka moodle then dpt solan assigmnt aspek seni barat...
tambah lg 1..yay!! semua past raya...
lusa.. present work metodology seni...
untuk pameran...

Sunday, September 13, 2009

saja nk merepekk!!!

agak boring...tp bnyak keje sbnarnya...
jiwa ngah nk layan jiwang haje...
kata org spesis jiwa kacau la nih...
duk lyn bc cerpen n novel haje.. buku teori haram x bukak...
lum jwb soklan kat moodle lg...
malas nk selak buku.. selak sms ngan laptop rajin hajee..
weeee!!!!!!!!!!!!
ermmmmmmmmmmmmm

Wednesday, September 9, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Monday, September 7, 2009

memang....

Allah uji sebab Sayang.......memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. Banyak orang bilang CINTA itu indah.. Tapi mengapa selalu banyak pula yang dipertaruhkan.. Hati, perasaan, logika, waktu, atau bahkan mungkin WANG.. Sepi menyelimuti kala ia tak hadir disisi.. Gundah berkecamuk kala ia jauh dari pandangan.. Benci hadir kala ia menjauh.. Begitu mahal harga cinta yang harus dikorbankan. Sangat sedikit hasil yang didapat.. Sakit, sakit, sakit saat ia mulai berpaling

Saturday, September 5, 2009

sesekali teringat..

apa agaknya khabar dia disana...
bahagiakah dia...(besama teman baru)
sihatkah dia...
bagaimanakah kehidupan dia..
masihkah ada secebis ingatan nya terhadap aku..
masihkah ada kenangan tentang kami yg diingatinya...
aku tau mesti dia sedang menyulam bahagia bersama teman barunya...
mungkin dia sudah lupa siapa aku..
tp aku masih mengingtinya.
hanya sekadar mengingati semata-mata...
tiada nilainya lagi aku untuknya...
semoga dia bahagia...
aku sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya..
walaupun hakikatnya aku masih sendirian...
salam syg untuknya...

Thursday, September 3, 2009

cinta

cinta xkan dtg jika x dicari.
cinta juga xkan dpt jika x memberi..
tapi, mencari biarlah pada yg sudi..
bkn meminta pd yg simpati...

Wednesday, September 2, 2009

abah, mak... kak in rindu...

aduiaiii rindunya kat ayahda n bonda tercinta...
tidak sabar rasanay mahu pulang pada 18sept nanti..
nk peluk n cium mak...
rindu masakan mak.
bebelan mak..
suara mak..
adik??
mestilah rindu kat satu2 adik yg ku ada kat muka bumi nie...
rizal @ eja or adik ... kak in rindu tau..
satu lg rindu kat 2 org abg ku syg..
rindu nk gaduh ngan abg long...hahahha...
nk balikkk

Monday, August 31, 2009

berpijaklah dibumi yang nyata.

ermmm...
lin sudah2 lah...
jgn terus bermimipi disiang harii...
berpijak lah dibumi yg nyata..
lenyapkan lah semua kisah2 duka mu...
kau boleh lakukan...
be strong!!!!!...
u r the best...
ada ramai lg org disekelilingmu yang mampu membuatkan kau gumbira...
jgn terus-terusan begini..
banyak benda harus kau lakukan..
ingat final projekk!!!! yah2 caiyokkk

jika kau fikirkan kau boleh..
kau hampir boleh melalukan...
jika kau fikirkan ragu2...
usaha mu tidak menentu..

jika kau fikirkan kekalahan..
kau hampiri kegagalan...
jika kau fikirkan kejayaan..
kau hampiri kemenangan..

hahahahahahha...

Sunday, August 30, 2009

cinta azali.....

Cinta Azali

Semenjak mula kita bersua
Bergetar rasa di dalam jiwa
Apakah ini tandanya
Ada janji antara kita

Setiap hari kita berdekatan
Rasa hangatnya kemesraan
Bila kita berjauhan
Gelora jiwa kerinduan

Kita bersama terus kembara
Jauh ke taman asmara
Di sana cinta berpadu
Menjadi satu oh... oh...

Demi cinta suci ini
Kurnia dari Illahi
Biarpun ke lautan api
Sanggup diharungi

Memang sudah suratan azali
Kita dipertemukan di dunia
Sehingga kita kembali
Bertemu semula di syurga

flora cintaku..

Flora Cinta

Benarkah ini ujian lagi
Beombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

( korus )
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...

Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )

aku hanya temann...

ea aku hanya teman mu...
bkn sapa2 bg mu...
tidak penting dlm hdp mu...
aku seumpama tempelan semata-mata...
ada atau tiada aku dlm hidup mu sama saja...
tiada bezanya...
terima kasih kerana jd temanku...
andai menjauhkan diri yg terbaik bg ku...
maaf kan aku...
aku lebih rela bergini..
drpd mimpi terus disiang hariii...
maafkan aku...

Thursday, August 27, 2009

salahkah aku

wei nampak ketara ke?
semua org ngah mengata!!
tapi.............ermmm
salah ke???
mungkin senyum tu lebih baikk utk menjwb soklan mereka...
hahhaha.. so skunk senyum je..diamm
dgr je soklan tu mcm angin lalu..
x salahkan
mereka soall...mereka jwb.
kita??
senyum je la..

kod kursus sem 5 tahun3

  1. lsp 401- general english.
  2. stu241- psikologi kesihatan.
  3. vrl221E- drawing.
  4. vht333- aspek2 kesenian barat moden.
  5. vpt302- metodologi penyelidikan.
  6. vps- projek seni.

dadaisme..adakah seni yg anti-seni???

Tujuan dadaisme dalam seni adalah untuk mencipta kekeliruan, kekaburan, jungkir balik atau memesongkan apa-apa tanda makna atau simbol yang telah sedia wujud dalam tamadun kehidupan.

Atau juga kumpulan ini mencipta bentuk seni yang bersifat anti kepada seni itu sendiri dengan kecenderungan untuk membuat provokasi terhadap nilai dan aturan moral atau juga sosial yang dilihat telah musnah disebabkan perang dunia pertama.

Pendekatan karya yang nihilisme atau sinikal juga telah digunakan untuk menggambarkan kepincangan ketara yang wujud dalam masyarakat moden yang bersifat ironi.

Mereka menyerang nilai sosial yang telah sedia wujud dalam masyarakat Barat untuk menunjukkan betapa pembohongan telah berlaku dan kerakusan kuasa telah menjadikan dunia tidak tenteram dan selamat lagi.

Dari itu karya seni dadaisme adalah bersifat sinikal, absurd atau bermain-main.

Adakalanya juga gerakan dada dipanggil sebagai anti seni kerana mereka telah mengeluarkan satu manifesto yang menggesa untuk memusnahkan segala nilai kehidupan sepertimenghapuskan seni, menghapuskan aspek moral dan menghapuskan nilai masyarakat.

Wednesday, August 26, 2009

harapan ramadhan

Raihan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

salam ramadhan..

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dgn sempurna..
bait2 lirik lagu raihan n man bai...
ermmm k tau x.. nih lah masa nya.. org berebut beli tiket bas...
aku pun nk balik kg jugak..
td ptng aku, tikah n farah g sungai nibong.. wat pe?
cari tiket balik kg la...
aku dapat tiket terakhir utk balik jb...

tiket
>konsortium bas ekspres
penang to jb
fri, 18-sep-2009 11:15 pm
seat no 27 price:60.00

seat blakang skali.. xpela yg penting aku dpt balik.. psl hr jummat aku ada klass lsp401. madam xbg ponteng...hahahah sib baik ada lg jual.. kalu sold out naya aku...
xkan nk balik mlm raya kut...
so aku akan smpai dlm jam 7.30pg di skudai..
aku dh pesan kat abg suh amik..
slalunya naik bus sendiri smpai umah..
tp kali nih xnk.. bia abg long yg amek..
pose oitt... jgn jb jam sudah la..

neo klasikisme..

Neo Klasikisme adalah sebuah gaya seni yang merupakan sebuah reaksi kepada gaya seni Rokoko. Gaya seni Rokoko (Rococo) yang bersifat berlebih-lebih atau terlalu melankolik telah mula kurang diminati atau pudar pada sekitar penghujung abad ke 18. Gaya seni Neo Klasik telah mula menjadi gaya seni utama khususnya di Peranchis pada sekitar penghujung abad ke 18. Gaya seni ini yang amat menekankan sifat atau karekteristik seni klasik iaitu seni roman dang reek telah mula diangkat sebagai mewakili seni terbaik. Keadaan ini berlaku khususnya apabila kesan peninggalan seni klasik tersebut telah ditemui semula melalui kerja penelitian dan ekskavasi di kawasan Herculaneum dan Pompeii. Selain itu minat dan penumpuan kepada seni klasik pada zaman itu juga telah menjelma semula apabila sebuah buku karangan pensejarah seni dan sarjana Johann Winckelmann bertajuk Thoughts on the Imitation of Greek Works of Art telah terbit pada tahun 1755. Dari segi sejarahnya, tahap pertama perkembangan seni neo klasik di Peranchis mula berputik apabila semakin ramai pelajar seni dari Peranchis telah mendalami pengajaian seni di rome, Itali dan mula membawa pulang serta menerapkan prinsip seni roman dan greek dalam karya mereka. Tahap kedua perkembangan gaya seni ini di Peranchis pula mula berkembang apabila kerajaan peranchis dibawah pimpinan Napoleon Bonarpate telah mengiktiraf seni ini sebagai pengucapan yang baik untuk individu dan Negara.

Karya-karya yang seni Neo Klasik juga tercipta hasil pengaruh pelukis sejarah klasik iaitu Nicolas Poussin. Dalam konteks ini sifat atau ciri karya-karya Neo Klasik telah menggunakan semula aturan, prinsip dan tatacara seni klasik roman dang reek dalam mencipta karya. Secara umum karya-karya seni Neo Klasik bersifat serius, hampir tidak beremosi dan menjulang sifat kepahlawanan. Subjek atau tema-tema karya Neo Klasik biasanya terangkat dari cerita, kisah sastera dan sejarah klasik, sama seperti yang digunakan dalam karya seni greek terawal dan seni roman. Jika diteliti karya-karya seni Neo Klasik telah menggunakan warna-warna yang balam dan tidak berketepuan cerah. Namun tempat-tempat tertentu dalam catannya akan dicerahkan dengan gemilang seolah-olah sebuah atau beberapa lampu limpah telah disorot pada kawasan tertentu. Keadaan ini seolah-olah satu penegasan kepada subjek, tema atau peristiwa tertentu yang disorot pada catan itu, yang biasanya mengandung moral atau kebaikan yang harus diinsafi dan difikirkan oleh masyarakat. Moral khusus yang biasanya terlihat pada peristiwa atau subjek pada catan itu adalah berkenaan sifat atau sikap tidak mementingkan diri sendiri, menjulang kebenaran, pengorbanan tinggi individu kepada Negara dan kebenaran. Keadaan atau sifat-sifat ini amat dititik beratkan dalam tradisi pemikiran dan masyarakat greek serta roman. Maka dalam konteks ini kebanggaan dan kemegahan kepada unsure etika yang tinggi adalah selaras dengan sikap yang bersifat antikuiti. Gaya ini juga dengan jelas mengetepikan sifat berlebih-lebihan seni Rokoko atau seni Barok yang terlalu bersifat teaterikal dan dramatik.

Sifat seni Neo klasik juga adalah berkeinginan untuk mencari semula ‘keaslian’ seni roman atau juga bentuk-bentuk seni ‘ideal’ greek. Apabila bercakap mengenai kevcerahan tertentu dalam catan-catan neo klasik maka kita sebenarnya bercakap mengenai satu teknik yang dipanggil Chiaroscuro. Seperti yang telah diterangkan tadi teknik ini seoalah-olah sebagai satu sorotan khusus secara amat kontras kepada subjek, watak atau suasana yang ingin diberi perhatian oleh seniman. Suasana atau subjek lain yang berada diluar limpahan lampu itu seakan-akan kelihatan balam, suram dan hampir gelap.

Diantara seniman-seniman penting bagi gaya seni Neo klasik adalah Jaques Louis David, Anton Raphael Mengs, Jean Aguste Dominique Ingres dalam bidang catan. Sementara Antonio Canova pula dalam bidang arca. Gerakan dan gaya Neo Klasik akhirnya secara perlahan-lahan mula berkubur pada awal abad ke 19 akibat timbul gaya dan gerakan seni Romantisisme yang lebih dilihat berkesan selain dokongan politik yang semakin kurang diterima berbanding sebelumnya. Dalam konteks ini sebenarnya kekuatan atau sebab kepada berkembangnya gaya seni ini adalah akibat dari dokongan yang amat kuat oleh Napoleon Bonarparte selaku ketua Negara peranchis yang melihat gaya seni klasik ini sebagai gaya seni rasmi kerajaannya, sehinggakan pada satu tahap seni ini dianggap sebagai seni politik bagi kerajaan Napoleon.

blog dh bersawang..

assalamualaikum... lama sudah xbukak blog sendiri..hampir 3 bln rasanya..
dh naik bersawang... dh final year rupanaya aku nih.. kuliah makin kurang...tapi kerja makin bertambah......hidup sudah mahu jd tunggang langgang skitt..bahana final projekk...
tibe2 aku jd blur dgn tajuk sendiri... tibe2 kajian bahan aku menghadapi masalah...tibe2 aku jd serabut...entahlah.. sebenarya aku xtaumane nk cari kekuatan yg terbang.. semangat first year aku dh melayang ntah kemana..ak nk semangat tu balik...mybe sumber kekuatan aku dh hilang...(hahahhaha).....jom cari balik..caiyokkk lin...aja2

Wednesday, April 8, 2009

imt-gt unimap 2009

imt-gt indonesia, malaysia,thailand

berlangsung di unimap 27mac-2aprill...
penat sangat2... akuu penari...dari dewan budaya usm penang..
ada 21orang penari yg g program tuh... mmg xda life kan... bgun pagi2 g breakfast-ada bengkel kat dewan 2020 kangar perlis...dari kul 9pg-1ptg...then break mkn jap solat sambung balik raptai show opening... tggu sambil tidoo berramai2 atas kerusiikan... mcm2 gaya kelua...kuak lentang..hahahahaha...balik kul 4ptg kitaorg tiggal kat kg wai.. dalam 15mint perjalanan naik bas la...jln kaki mampuihhh laaa...then balik mandi2.. g rumah budak lelaki n makeup... siap2 dalam kul 7 lebih gak la kan.... past tuh gerak ramai2 g tmpat kejadian... pentas besar gilerr...hahahah...show abis dalam kul 12.30mlm... then g makan....sedapppp.... n balik tido... esoknya mcm tuh gak la rutin.. bezanya mlm tuh aku ada 2 show..dlm masa x smpai 5mint kena tukar baju... x sempat bernafas...semput oittt... naik pentas wat muka selamba hahahaha... padahal berpeluh2...hahahaha.... kpala punya la berat... sakit pala aku... dan rutin yg sama dilalui selama seminggu... letihhh... tapi bestttt!!!! enjoyyy...miss u alll...

exam!!!!!

huhuhu exam sem nih ada 5 paper

vht223>seni lukis moden malaysia<13/4/2009>9.00pg
vpt210>pengurusan rekbentuk><13/4/2009>2.15ptg
htv201>teknik berfikir><14/4/2009>2.15 ptg
lsp300>bahasa inggeris akademik>17/4/209>9.00pg
stu242>psikologi sosial>24/4/2009>9.00pg

insyaAllah... semuanya akan selamat...
berusaha untk score sem nih...
naik kan pointerrrr.... caiyokkkkk2
ajak2 caiyokkkk....

jgn main banyak k... lupekan semua benda2 sampingan yg memesongkan...
study toll2
buktikan pada diri sendiri dan semua org yg kita bolehh....

Monday, February 9, 2009

kami.. and arts space gallery...

heheheheh
art space gallery?
gallery impian kami...
bermula dlm subjek. teori pengurusan reka bentuk...
ada 10 ahli kesemuanya...
fauzi,usop,borhan,abgdan,amirul,hani,dani,lyn,cristina,n dayah
we are from fine art student,
second year student..
painting,printmaking n sculpture
xtau la yg lain berharap x ntuk realisasikan gallery nih...
tapi ak nk sgt2....
semangat ckittt...
ada tujuan la kan....
harap boleh kongsi ngan semua org....
mmg ukan senang nk tubuhkan gallery nih....
bdak2 hingusan macm kami nih kan...
art work masuk pameran pun skali skala...
blum penah dibeli pulak tuh...
tapi masuk pameran jugak la....
xlah taruk harapan tinggi...
tapi nk kan...
so kena dapat A la dlm subjek nih... cos 3 unit...
bleh tahan susahnya..ada exam plak tuh...
kena website lg....
n kena pamerkan karya..
nota sure x lengkapp
huahuahua....
caiyokkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!
geng serang.....

Sunday, February 1, 2009

aku dan lagu...

Kehadiran membawa seribu erti
Terasa bagaikan suatu mimpi
Indah mahligai yang kita bina
Impian kini terlaksana sudah
Tiada ku terlintas akan terjadi
Kita kan terpisah jua akhirnya
Sejenak ku terfikir segala
Oh keindahan bersamamu
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita
Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan
Dengarlah dendangan laguku untukmu
Suara hati lambang suci murni
Berat saatku dilamun rindu
Setelah lama dikau pergi oh...Kasihku... oh...
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita
Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapanKasihku... oh...