Thursday, August 27, 2009

dadaisme..adakah seni yg anti-seni???

Tujuan dadaisme dalam seni adalah untuk mencipta kekeliruan, kekaburan, jungkir balik atau memesongkan apa-apa tanda makna atau simbol yang telah sedia wujud dalam tamadun kehidupan.

Atau juga kumpulan ini mencipta bentuk seni yang bersifat anti kepada seni itu sendiri dengan kecenderungan untuk membuat provokasi terhadap nilai dan aturan moral atau juga sosial yang dilihat telah musnah disebabkan perang dunia pertama.

Pendekatan karya yang nihilisme atau sinikal juga telah digunakan untuk menggambarkan kepincangan ketara yang wujud dalam masyarakat moden yang bersifat ironi.

Mereka menyerang nilai sosial yang telah sedia wujud dalam masyarakat Barat untuk menunjukkan betapa pembohongan telah berlaku dan kerakusan kuasa telah menjadikan dunia tidak tenteram dan selamat lagi.

Dari itu karya seni dadaisme adalah bersifat sinikal, absurd atau bermain-main.

Adakalanya juga gerakan dada dipanggil sebagai anti seni kerana mereka telah mengeluarkan satu manifesto yang menggesa untuk memusnahkan segala nilai kehidupan sepertimenghapuskan seni, menghapuskan aspek moral dan menghapuskan nilai masyarakat.

0 comments: